Silahkan masukkan username dan password anda!

Join the forum, it's quick and easy

Silahkan masukkan username dan password anda!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Login

Lupa password?

Latest topics
» Ada apa di balik serangan terhadap Muslim Burma?
by Dejjakh Sun Mar 29, 2015 9:56 am

» Diduga sekelompok muslim bersenjata menyerang umat kristen
by jaya Wed Nov 27, 2013 12:30 am

» Sekitar 6.000 orang perempuan di Suriah diperkosa
by jaya Wed Nov 27, 2013 12:19 am

» Muhammad mengaku kalau dirinya nabi palsu
by jaya Tue Nov 26, 2013 11:53 pm

» Hina Islam dan Presiden, Satiris Mesir Ditangkap
by jaya Tue Nov 26, 2013 11:50 pm

» Ratusan warga Eropa jihad di Suriah
by jaya Tue Nov 26, 2013 11:48 pm

» Krisis Suriah, 6.000 tewas di bulan Maret
by jaya Tue Nov 26, 2013 11:46 pm

» Kumpulan Hadis Aneh!!
by jaya Tue Nov 26, 2013 11:43 pm

» Jihad seksual ala islam!
by jaya Tue Nov 26, 2013 11:40 pm

Social bookmarking

Social bookmarking reddit      

Bookmark and share the address of Akal Budi Islam on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of on your social bookmarking website

Pencarian
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Poll
Statistics
Total 40 user terdaftar
User terdaftar terakhir adalah tutunkasep

Total 1142 kiriman artikel dari user in 639 subjects
Top posting users this month
No user

User Yang Sedang Online
Total 9 uses online :: 0 Terdaftar, 0 Tersembunyi dan 9 Tamu

Tidak ada

[ View the whole list ]


User online terbanyak adalah 44 pada Sun Jul 30, 2023 6:25 pm

50000 Remaja Malaysia Mohon Murtad

Go down

50000 Remaja Malaysia Mohon Murtad Empty 50000 Remaja Malaysia Mohon Murtad

Post  FFI Sat May 21, 2011 5:03 pm

Baru-baru ini, seorang ustaz dari Jabatan Agama Islam di salah sebuah negeri di Malaysia, telah menyampaikan ceramah di Seremban mengenai Maulidur Rasul. Beliau menceritakan di kala umat Islam di Malaysia sedang meraikan Maulidur Rasul, pada masa yang sama, beliau mendakwa 50,000 remaja Melayu di Lembah Klang sedang membuat permohonan untuk murtad. Kasus-kasus murtad sebelum ini dianggap satu kasus yang sensitif di mana ianya tidak dibincang secara terbuka dan statistiknya tidak didedahkan kepada umum. Mengapakah isu murtad ini tidak dibincang dengan fikiran yang terbuka di kalangan umat Islam? Hanya yang kita dengar, cadangan penubuhan suruhanjaya antara agama akan menggugat kepentingan umat Islam di Malaysia ini. Antara cadangan yang dikemukakan ialah permohonan murtad haruslah diuruskan oleh mahkamah sivil dan tidak perlu diproses oleh mahkamah syariah seperti yang berlaku sekarang ini.

Mengapa kita, pada satu sudut, memandang negatif terhadap kumpulan yang pada tanggapan kita, akan lebih menggalakkan lagi gejala murtad, sedangkan kita tidak pernah mengkaji mengapa angka murtad semakin hari semakin membimbangkan? Pihak berkuasa agama Islam haruslah mendedahkan statistik murtad ini kepada umat Islam di Malaysia kerana gejala murtad ini boleh merosakkan institusi keluarga Islam lebih teruk daripada gejala sosial dan dadah. Ada yang mengatakan bahawa rata-rata remaja Melayu keluar daripada agama Islam bukan kerana mereka percayakan kebenaran agama-agama lain, tetapi hanyalah sekadar mereka tidak gemar untuk mengamalkan Islam, suka hidup bebas, suka meminum arak dan bermain judi.

Mungkin ada pula yang memikirkan terdapat terlalu banyak sekatan dalam agama Islam itu sendiri. Ini jelas terbukti apabila khutbah dan ceramah di masjid di Malaysia ini, perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa. Ini menyebabkan para khatib bukannya berkhutbah seperti yang sepatutnya, akan tetapi hanya sekadar membaca teks khutbah yang mana ini boleh dilakukan oleh kebanyakan orang. Bagaimana mereka hendak tertarik pada Islam apabila khatib tidak pandai menyampaikan khutbah mengikut isu semasa dan keadaan setempat. Bayangkan isi khutbah yang di bandar turut sama dibaca di tanah-tanah rancangan, sedangkan keadaan di bandar tidak semestinya sama dengan di luar bandar.

Ini berlainan sekali dengan agama lain. Kita dapati tiada larangan dan halangan untuk pendeta mereka untuk memberikan ceramah. Sudah pasti ada remaja Melayu yang tertarik kerana senario begitu berbeza sekali apabila pendeta bebas dan petah berceramah dalam perjumpaan mingguan, sedangkan khatib kita hanya boleh berceramah menggunakan teks yang diluluskan. Maka tidak harianlah pada hari Jumaat, apabila khatib sedang berkhutbah, ada sahaja para jemaah yang tersengguk-sengguk menahan ngantuk ataupun mungkin ada yang terlena terus sehingga badan membongkok dan dahi hampir mencecah bumi.

Segala permasalahan yang melanda umat Islam sekarang ini haruslah berbalik kepada al-Quran dan Sunnah serta sentiasa mendapatkan nasihat para ulama. Bagaimana kita hendak membendung gejala murtad ini jika masjid dan surau kita tidak dimakmurkan? Bagaimana kita hendak membendung gejala murtad ini jika masjid-masjid hanya dijadikan tempat tarikan pelancong serta dihiasi dengan pelbagai perhiasan yang terkini, sedangkan ianya sepi daripada para jemaah yang mendirikan solat lima kali sehari semalam? Marilah kita menghidupkan kembali sunnah Rasulullah SAW. Penuhkanlah masjid setiap kali solat lima waktu dan bukan hanya pada hari-hari kebesaran atau bukan hanya apabila ada pemimpin kerajaan datang berkunjung, barulah jemaah serta jawatankuasanya mula menampakkan wajah di masjid.

FFI
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik